PERCAYA DIRI.....YAKIN BOLEH.....KITA PASTI BOLEH.....

Wednesday 17 August 2011

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke 54 Peringkat Sekolah

 MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Begitulah laungan keramat yang dapat kita dengar setiap kali hari kemerdekaan disambut. Pada setiap tahun negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31hb Ogos. Namun pada tahun ini Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 pada tahun 2011 akan ditunda ke tarikh 16hb September di mana ianya akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia.Menurut sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Ianya adalah disebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada penghujung Ramadan.Lokasi sambutan hari Kemerdekaan ke 54 pada tahun ini belum lagi ditetapkan tetapi berkemungkinan akan diadakan di Dataran merdeka.
        Namun begitu, pada hari ini tanggal 17 Ogos 2011, SK Riam Batu Dua, Miri telah mengadakan majlis pelancaran bulan kemerdekaan yang akan kita sambut tidak lama lagi. Majlis pelancaran ini telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar sendiri. Pada majlis kali ini, antara aktiviti yang dijalankan ialah mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu-lagu patriotik. aktiviti ini juga disambut dengan ceria oleh semua warga guru dan pelajar-pelajar SK Riam Batu Dua.
       
Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011 adalah:

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

Antara wajah-wajah ceria yang dapat dirakamkan pada majlis ini.



 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembayaran Gaji 2012

BulanTarikh
Januari16/01/2012
Februari23/02/2012
Mac22/03/2012
April25/04/2012
Mei23/05/2012
Jun25/06/2012
Julai25/07/2012
Ogos13/08/2012
September25/09/2012
Oktober22/10/2012
November6/11/2012
Disember18/12/2012

Siapa Paling Laju

.

.