PERCAYA DIRI.....YAKIN BOLEH.....KITA PASTI BOLEH.....

Monday 15 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Hajat

         MIRI, 13 Ogos 2011, SK Riam Batu Dua di bawah Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu aktiviti iaitu Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat UPSR 2011. Dalam majlis ini, para jemputan adalah terdiri daripada guru-guru Islam dan Bukan Islam, ibu bapa pelajar dari tahun 4-6 dan pelajar-pelajar dari tahun 4-6. Para tetamu jemputan telah hadir mulai jam 5.30 petang lagi. Antara tentatif program pada hari tersebut ialah kehadiran tetamu, majlis berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, makan malam, solat isyak, solat hajat UPSR dan solat terawih berjemaah. Majlis pada hari tersebut telah berjalan dengan lancar dan baik.
Antara gambar yang sempat dirakam oleh juru kamera kami:








Terima kasih kepada yang sudi menyumbangkan makanan dan minuman pada majlis ini, terima kepada semua tetamu yang sudi hadir pada malam itu memberikan sokongan kepada pihak sekolah. Semoga pada tahun hadapan majlis seperti ini akan dapat dijalankan lagi. selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya 2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembayaran Gaji 2012

BulanTarikh
Januari16/01/2012
Februari23/02/2012
Mac22/03/2012
April25/04/2012
Mei23/05/2012
Jun25/06/2012
Julai25/07/2012
Ogos13/08/2012
September25/09/2012
Oktober22/10/2012
November6/11/2012
Disember18/12/2012

Siapa Paling Laju

.

.