PERCAYA DIRI.....YAKIN BOLEH.....KITA PASTI BOLEH.....

Wednesday 3 August 2011

Ciri-Ciri Pelajar Yang Gagal

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menjelang tidak lama lagi iaitu lebih kurang 40 hari (03/08/2011). Kalau bagi ibu yang bersalin 40 hari ini adalah tempoh berpantang. Begitu juga dengan pelajar. Tempoh yang ada ini merupakan tempoh untuk mereka berpantang iaitu berpantang daripada bermain, menonton rancangan televisyen yang tidak berfaedah, bermain video game dan sebagainya yang boleh membawa kepada kelalaian daripada mengulangkaji pelajaran atau membaca buku.
Di sini dinyatakan beberapa ciri-ciri pelajar yang gagal. Semoga ianya boleh diambil pengajaran.
1. Mempunyai sifat "malas" yang menjadi musuh utama kejayaan. 
2. Tidak bermotivasi.
3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral 
15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

Adakah anda sebagai seorang pelajar mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas. Jika ada berhatu-hatilah. Semoga anda semua mendapat kecemerlangan dalam ujian nanti.
# Cikgu doa semoga kalian berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR nanti. AMINNN...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembayaran Gaji 2012

BulanTarikh
Januari16/01/2012
Februari23/02/2012
Mac22/03/2012
April25/04/2012
Mei23/05/2012
Jun25/06/2012
Julai25/07/2012
Ogos13/08/2012
September25/09/2012
Oktober22/10/2012
November6/11/2012
Disember18/12/2012

Siapa Paling Laju

.

.