PERCAYA DIRI.....YAKIN BOLEH.....KITA PASTI BOLEH.....

Friday 23 September 2011

Hari Bertemu Pelanggan KPM di Miri

Hari Bertemu Pelanggan KPM anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Miri akan dilangsungkan pada 24 & 25 September 2011 di Ruang Legar Bintang Mall, Miri. Pelbagai acara yang telah disediakan untuk orang ramai dan juga guru-guru seperti kaunter pertanyaan, kaunseling, pertandingan, persembahan dan sebagainya. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut. Jumpa di sana....

Majlis Sambutan Merdeka Raya 2011

Majlis Sambutan Merdekaraya SK Riam Batu Dua telah dapat dijalankan dengan jaya. Majlis ini dimulai dengan perhimpunan pelajar dan guru di tapak perhimpunan untuk meraikan sambutan merdeka. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada masa itu ialah laungan kemerdekaan, deklamasi sajak, dan nyanyian lagu kemerdekaan.
Selepas aktiviti hari kemerdekaan, Majlis diteruskan dengan sambutan ramah tamah hari raya. Di mana pelajar dibahagikan kepada dua tempat iaitu pelajar Tahap Satu di Galeri Ilmu sekolah dan pelajar Tahap Dua di Dewan Sekolah. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ucapan daripada Guru Besar dan YDP PiBG, persembahan tarian dan nyayian daripada pelajar-pelajar serta jamuan makan bersama-sama. Pelbagai jenis makanan dibawa oleh pelajar dan guru untuk majlis pada hari tersebut. Kemeriahan sambutan pada majlis ini dapat dirasai oleh semua guru dan pelajar. Sebahagian gambar pada majlis tersebut:

 


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembayaran Gaji 2012

BulanTarikh
Januari16/01/2012
Februari23/02/2012
Mac22/03/2012
April25/04/2012
Mei23/05/2012
Jun25/06/2012
Julai25/07/2012
Ogos13/08/2012
September25/09/2012
Oktober22/10/2012
November6/11/2012
Disember18/12/2012

Siapa Paling Laju

.

.