PERCAYA DIRI.....YAKIN BOLEH.....KITA PASTI BOLEH.....

Monday, 29 August 2011

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

1. Dimulai dengan lafaz Takbiratulihram (Allahuakbar) berserta niat:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya: “
Sahaja aku solat sunat Idulfitri dua rakaat tunai (sebagai imam/makmum) kerana Allah Taala.”

2. Membaca doa Iftitah.
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
4. Membaca surah al- Fatihah.
5. Membaca ayat dari surah al–Quran seperti surah al-A’laa (atau surah yang lain).
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca ayat dari surah al-Quran seperti surah al-Ghaasyiyah (atau surah yang
lain).
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.

KHUTBAH HARIRAYA
Membaca dua Khutbah Hariraya selepas selesai solat sunat hariraya. Di antara dua
khutbah itu pula Khatib disunatkan duduk sebentar. Khatib sunat melafazkan takbir
dalam khutbah pertama sebanyak sembilan kali dan dalam khutbah kedua sebanyak tujuh
kali berturut-turut.


Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri atau Aidiladha adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Cara bagi mengerjakan solat sunat Aidilfitri adalah:
Takbir Hari Raya
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ 
Rakaat Pertama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembayaran Gaji 2012

BulanTarikh
Januari16/01/2012
Februari23/02/2012
Mac22/03/2012
April25/04/2012
Mei23/05/2012
Jun25/06/2012
Julai25/07/2012
Ogos13/08/2012
September25/09/2012
Oktober22/10/2012
November6/11/2012
Disember18/12/2012

Siapa Paling Laju

.

.