PERCAYA DIRI.....YAKIN BOLEH.....KITA PASTI BOLEH.....

Tuesday, 25 October 2011

khatam al-quran



MAJLIS KHATAM AL-QURAN
SK RIAM BATU DUA
KEM SRI MIRI
TARIKH: 15 OKTOBER 2011
TEMPAT: MASJID AR-RIDHWAN, KEM SRI MIRI





lain-lain gambar di majlis khatam:

Tuesday, 11 October 2011

Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2011

Cuti Penggal Persekolahan Dan Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012


Salam Sejahtera,

Sukacita dilampirkan maklumat berkaitan.
Rujuk laman web:
Cuti Penggal Persekolahan 2011:

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Perincian%20takwim%20penggal%20persekolahan%20tahun%202012.pdf

Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012 seperti berikut :-
Harap maklum..

Friday, 23 September 2011

Hari Bertemu Pelanggan KPM di Miri

Hari Bertemu Pelanggan KPM anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Miri akan dilangsungkan pada 24 & 25 September 2011 di Ruang Legar Bintang Mall, Miri. Pelbagai acara yang telah disediakan untuk orang ramai dan juga guru-guru seperti kaunter pertanyaan, kaunseling, pertandingan, persembahan dan sebagainya. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut. Jumpa di sana....

Majlis Sambutan Merdeka Raya 2011

Majlis Sambutan Merdekaraya SK Riam Batu Dua telah dapat dijalankan dengan jaya. Majlis ini dimulai dengan perhimpunan pelajar dan guru di tapak perhimpunan untuk meraikan sambutan merdeka. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada masa itu ialah laungan kemerdekaan, deklamasi sajak, dan nyanyian lagu kemerdekaan.
Selepas aktiviti hari kemerdekaan, Majlis diteruskan dengan sambutan ramah tamah hari raya. Di mana pelajar dibahagikan kepada dua tempat iaitu pelajar Tahap Satu di Galeri Ilmu sekolah dan pelajar Tahap Dua di Dewan Sekolah. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ucapan daripada Guru Besar dan YDP PiBG, persembahan tarian dan nyayian daripada pelajar-pelajar serta jamuan makan bersama-sama. Pelbagai jenis makanan dibawa oleh pelajar dan guru untuk majlis pada hari tersebut. Kemeriahan sambutan pada majlis ini dapat dirasai oleh semua guru dan pelajar. Sebahagian gambar pada majlis tersebut:

 


 

Monday, 29 August 2011

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

1. Dimulai dengan lafaz Takbiratulihram (Allahuakbar) berserta niat:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya: “
Sahaja aku solat sunat Idulfitri dua rakaat tunai (sebagai imam/makmum) kerana Allah Taala.”

2. Membaca doa Iftitah.
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
4. Membaca surah al- Fatihah.
5. Membaca ayat dari surah al–Quran seperti surah al-A’laa (atau surah yang lain).
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca ayat dari surah al-Quran seperti surah al-Ghaasyiyah (atau surah yang
lain).
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.

KHUTBAH HARIRAYA
Membaca dua Khutbah Hariraya selepas selesai solat sunat hariraya. Di antara dua
khutbah itu pula Khatib disunatkan duduk sebentar. Khatib sunat melafazkan takbir
dalam khutbah pertama sebanyak sembilan kali dan dalam khutbah kedua sebanyak tujuh
kali berturut-turut.


Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri atau Aidiladha adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Cara bagi mengerjakan solat sunat Aidilfitri adalah:
Takbir Hari Raya
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ 
Rakaat Pertama

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011M/1432H kepada semua warga SK Riam Batu Dua, Miri.
Ampun maaf dipinta jika ada silap dan salah.

Ikhlas dari;
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK Riam Batu Dua, Miri.

Solat Tasbih

SOLAT SUNAT TASBIH
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِلْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّاهُ أَلَا أُعْطِيكَ أَلَا أَمْنَحُكَ أَلَا أَحْبُوكَ أَلَا أَفْعَلُ بِكَ عَشْرَ خِصَالٍ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ قَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ خَطَأَهُ وَعَمْدَهُ صَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ سِرَّهُ وَعَلَانِيَتَهُ عَشْرَ خِصَالٍ أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ وَأَنْتَ قَائِمٌ قُلْتَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ فَتَقُولُهَا عَشْرًا فَذَلِكَ خَمْسٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ ذَلِكَ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً

Bacaan tasbih itu ialah :
 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
 Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih


Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih
 
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"
Niat Solat Tasbih
أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ

Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas

Doa Sunat Sembahyang Tasbih



"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
 Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau
.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."
Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
رواه أبو داود و إبن ماجه
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup. 

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.

Friday, 26 August 2011

Sumbang Kasih Aidilfitri SK Riam Batu Dua

Pada 24hb Ogos 2011 yang lepas, pihak sekolah dibawah Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu majlis sumbang kasih sempena aidilfitri kepada pelajar miskin dan anak yatim yang belajar di sekolah ini. Selain daripada itu juga, sumbangan duit raya kepada semua pelajar Islam juga turut disumbangan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Penolong Kanan 1 dan juga Penolong Kanan HEM.
Sumbangan ini diperolehi daripada sumbangan ikhlas dari kalangan guru, ibu bapa pelajar dan pelajar sendiri. Antara jenis sumbangan yang telah diterima ialah berbentuk wang dan barang-barang keperluan. Sebanyak 20 hamper telah disediakan untuk pelajar-pelajar miskin dan anak yatim berserta duit raya.
Antara gambar semasa majlis tersebut:


   




lain-lain gambar

Wednesday, 17 August 2011

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke 54 Peringkat Sekolah

 MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Begitulah laungan keramat yang dapat kita dengar setiap kali hari kemerdekaan disambut. Pada setiap tahun negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31hb Ogos. Namun pada tahun ini Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 pada tahun 2011 akan ditunda ke tarikh 16hb September di mana ianya akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia.Menurut sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Ianya adalah disebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada penghujung Ramadan.Lokasi sambutan hari Kemerdekaan ke 54 pada tahun ini belum lagi ditetapkan tetapi berkemungkinan akan diadakan di Dataran merdeka.
        Namun begitu, pada hari ini tanggal 17 Ogos 2011, SK Riam Batu Dua, Miri telah mengadakan majlis pelancaran bulan kemerdekaan yang akan kita sambut tidak lama lagi. Majlis pelancaran ini telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar sendiri. Pada majlis kali ini, antara aktiviti yang dijalankan ialah mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu-lagu patriotik. aktiviti ini juga disambut dengan ceria oleh semua warga guru dan pelajar-pelajar SK Riam Batu Dua.
       
Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011 adalah:

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

Antara wajah-wajah ceria yang dapat dirakamkan pada majlis ini.



 




Monday, 15 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Hajat

         MIRI, 13 Ogos 2011, SK Riam Batu Dua di bawah Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu aktiviti iaitu Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat UPSR 2011. Dalam majlis ini, para jemputan adalah terdiri daripada guru-guru Islam dan Bukan Islam, ibu bapa pelajar dari tahun 4-6 dan pelajar-pelajar dari tahun 4-6. Para tetamu jemputan telah hadir mulai jam 5.30 petang lagi. Antara tentatif program pada hari tersebut ialah kehadiran tetamu, majlis berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, makan malam, solat isyak, solat hajat UPSR dan solat terawih berjemaah. Majlis pada hari tersebut telah berjalan dengan lancar dan baik.
Antara gambar yang sempat dirakam oleh juru kamera kami:








Terima kasih kepada yang sudi menyumbangkan makanan dan minuman pada majlis ini, terima kepada semua tetamu yang sudi hadir pada malam itu memberikan sokongan kepada pihak sekolah. Semoga pada tahun hadapan majlis seperti ini akan dapat dijalankan lagi. selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya 2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembayaran Gaji 2012

BulanTarikh
Januari16/01/2012
Februari23/02/2012
Mac22/03/2012
April25/04/2012
Mei23/05/2012
Jun25/06/2012
Julai25/07/2012
Ogos13/08/2012
September25/09/2012
Oktober22/10/2012
November6/11/2012
Disember18/12/2012

Siapa Paling Laju

.

.